Menu Content/Inhalt
LAMAN UTAMA
SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SKFUT
SKFUT: SEKOLAH YANG MEMPUNYAI POTENSI BESAR PDF  | Print |  E-mail
User Rating: / 1
Written by sysalq   
Wednesday, 10 December 2008

Tanyalah apa saja yang kurang di SKFUT nescaya anda akan sukar menemuinya. Semua potensi untuk menjadikan sekolah ini sebagai SEKOLAH GEMILANG berada pada tangan warganya. Kekuatan dalaman sekolah ini terletak pada komitmen seluruh warganya termasuk masyarakat yang sentiasa proaktif terhadap usaha untuk meningkatkan pencapaian.  Di kalangan tenaga pengajarnya terdapat ramai guru senior yang amat mantap kebolehan dan ilmunya dan mereka adalah dari kalangan yang tinggal di kawasan berhampiran. Apatah lagi barisan pentadbirannya yang sentiasa menyokong penuh usaha pembaharuan terutama meningkatkan kualiti sistem penyampaian. Sebagai contoh penggunaan ICT dan Sistem Pangkalan Data sedang dipraktik dan diperluaskan dalam sistem pengurusan.

Jika menyentuh tentang komitmen masyarakat pula, pelbagai usaha secara bersepadu telah dijalankan.  Wakil Rakyat Datuk Haji Maulizan Bujang yang sangat prihatin dan sering berkunjung ke kawasan FELDA khususnya, dan telah beberapa kali datang ke sekolah ini serta menyumbang pelbagai peruntukan demi kebajikan sistem persekolahan. Apabila pihak sekolah meminta JKK membantu untuk mendapatkan komputer baru bagi menggantikan 3 buah komputer yang rosak akibat panahan petir Allahyarham Haji Mahmud Sarjono dan En Muhamad Majid (Ketua Kampung) telah tampil menghubungkan pihak sekolah dengan Pejabat Menteri Besar Johor. Hasil dari tindakan yang penuh bermakna maka sekolah ini telah dikurniakan dengan 3 set komputer oleh YAB Datuk Hj Abdul Ghani Osman Menteri Besar Johor.

Pihak FELDA, adalah suatu entiti yang menyumbangkan kewangan secara konsisten menaja Skim Tuisyen Felda yang telah memberi menfaat yang cukup banyak kepada warga SKFUT. Pegawainya sentiasa membuat pemantauan dan berinteraksi dengan pihak sekolah bagi membantu institusi ini bergerak menuju ke arah kegemilangan.

Pengekalan corak Lonjakan Saujana yang telah berlaku sejak 2007 akan membawa sekolah ini ke arah kejayaan yang lebih gemilang. Murid-murid SKFUT yang hauskan ilmu dan kejayaan akan dicanai untuk dibentuk menjadi suatu generasi pemimpin masa hadapan yang bukan sahaja membantu diri dan keluarga mereka, malah bakal menerajui kecemerlangan masyarakat dan negara. Doakanlah kejayaan kita semua.    

Last Updated ( Sunday, 25 January 2009 )
 
TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN WARGA SKFUT MEMBANGUNKAN LAMAN WEB RASMI PDF  | Print |  E-mail
User Rating: / 0
Written by sysalq   
Sunday, 07 December 2008
TAHNIAH SEMOGA LAMAN WEB INI KEKAL SEBAGAI WADAH PENTING KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG PERIHATIN TERHADAP PERKEMBANGAN KEMAJUAN SEKOLAH YANG DICINTAI INI.
Last Updated ( Thursday, 18 December 2008 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>

Results 10 - 12 of 18

SIAPA DI TALIAN?

We have 1 guest online