Menu Content/Inhalt
LAMAN UTAMA
SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SKFUT
MEMASYARAKATKAN SEKOLAH MELALUI PUSAT SUMBER PDF  | Print |  E-mail
User Rating: / 0
Written by sysalq   
Sunday, 25 January 2009

 

 
 

Warga sekolah SKFUT sedang bersedia untuk membuka premis Pusat Sumber kepada seluruh masyarakat FELDA ULU TEBRAU. Usaha sedang giat di laksanakan bagi mempersediakan kemudahan dan sistem pengurusan maklumat Pusat Sumber agar proses berkenaan akan berjalan dengan secara teratur.

Jangkaan perlaksanaan program yang julung-julung kali di adakan itu ialah pada mesyuarat Persatuan Ibubapa Guru yang dijangka akan berlangsung pada bulan Mac 2009. Apabila projek ini dilancarkan warga masyarakat disekitar sekolah ini akan dapat menggunakan kemudahan yang ditawarkan termasuklah akses kepada resos yang terdapat di dalam premis Pusat Sumber termasuk Bilik Akses Komputer. Walau bagaimana pun perkara yang sedang menjadi fokus perbincangan pihak pentadbir ialah persoalan yang berkaitan dengan keselamatan.    

Last Updated ( Sunday, 25 January 2009 )
 
APA MAKNANYA TAGLINE "SKFUT GO GLOBAL" PDF  | Print |  E-mail
User Rating: / 1
Written by sysalq   
Sunday, 25 January 2009

SKFUT GO GLOBAL

SKFUT bermaksud sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) ULU TEBRAU. GO bermaksud menuju ke arah sambil menghampiri dan mencapai dengan jayanya. GLOBAL maknanya menghasilkan produk yang kualitinya setara atau lebih tinggi mutunya daripada sekolah-sekolah terkenal di Johor, malah di Malaysia amnya. Jika berkemampuan untuk terus mara maka SKFUT tidak akan melepaskan sebarang peluang.

Pencapaian dalam penilaian UPSR 2007 dan 2008 menunjukkan kemaraan sekolah ini menuju ke arah untuk bersaing dengan sekolah-sekolah yang terkemuka. Analisa SWOT yang dijalankan menunjukkan SKFUT mempunyai segala kemampuan untuk berjaya. Warga sekolah termasuk ahli PIBG dan masyarakat adalah merupakan pendokong kejayaan paling penting.  Sekolah ini mempunyai barisan warga yang sangat komited dengan tugasan yang diberikan malah amat bersemangat untuk melihat pencapaian sekolah ini terus meningkat ke arah kejayaan yang lebih hebat.

Tahun 2009 adalah merupakan tahun mencabar bagi memperlihatkan kemampuan tenaga kerja sekolah ini.  Warga SKFUT menyedari bahawa pada tahun ini pencapaian akan diraih dari pelbagai sudut termasuklah Kurikulum,  Kokurikulum dan elemen sahsiah. Sasaran pencapaian UPSR pada tahun ini ialah pada atau melebihi 80%  dengan melebihi 10% pencapaian di dalam 5A. Semua kemungkinan untuk mencapai ke arah pencapaian demikian telah mula diusahakan dan fokus diberikan dari aspek "border line" (near miss) atau "pencapaian sipi" dalam 5A dan GALUS (Sipi untuk gagal atau lulus).  Mereka akan disasarkan ke arah yang terbaik.

Keseimbangan di dalam bidang kurikulum akan disertakan dengan amalan sahsiah yang baik dan pencapaian hebat di dalam bidang kokurikulum.  Warga SFKUT telah berjanji untuk mencapai kejayaan aras tinggi di peringkat daerah sekurang-kurangnya dan seterusnya diperingkat negeri dan negara. Kami yakin bahawa teori ini tidak akan tinggal hanya teori tetapi dengan pembuktiannya. Oleh itu semua resos akan digembeling dengan cara ekonomik, tepat dan berkesan. Semua tindakan adalah berasaskan "ada sebab musababnya" (bukan semborono) untuk memastikan apa yang hendak dibaiki akan dapat dilunaskan.

Jadi...pastinya SKFUT "will and have to" GO GLOBAL!!!   

 

Last Updated ( Sunday, 25 January 2009 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>

Results 4 - 6 of 18

SIAPA DI TALIAN?

We have 8 guests online