|
MEMASYARAKATKAN SEKOLAH MELALUI PUSAT SUMBER |
| Print |
|
E-mail
|
|
Warga sekolah SKFUT sedang bersedia untuk membuka premis Pusat Sumber kepada seluruh masyarakat FELDA ULU TEBRAU. Usaha sedang giat di laksanakan bagi mempersediakan kemudahan dan sistem pengurusan maklumat Pusat Sumber agar proses berkenaan akan berjalan dengan secara teratur. Jangkaan perlaksanaan program yang julung-julung kali di adakan itu ialah pada mesyuarat Persatuan Ibubapa Guru yang dijangka akan berlangsung pada bulan Mac 2009. Apabila projek ini dilancarkan warga masyarakat disekitar sekolah ini akan dapat menggunakan kemudahan yang ditawarkan termasuklah akses kepada resos yang terdapat di dalam premis Pusat Sumber termasuk Bilik Akses Komputer. Walau bagaimana pun perkara yang sedang menjadi fokus perbincangan pihak pentadbir ialah persoalan yang berkaitan dengan keselamatan.
|