|
Salam Bahagia, Tahun 2007 ialah tahun terindah bagi SKFUT kerana lonjakan saujana yang telah berjaya dilakukan. Tahun 2008 merupakan tahun koreksi bagi pencapaian serta penglestarian dan adalah dipercayai malah diyakini bahawa tahun-tahun berikutnya yang bermula pada 2009, bakal merupakan tahun lonjakan gelombang kedua bagi sekolah yang amat dicintai ini. Warga SKFUT telah bermuafakat untuk melonjakkan lagi pencapaian kejayaan di dalam penilaian awam UPSR dan juga pencapaian di dalam bidang Kokurikulum dan Sahsiah. Sistem sekolah ini akan mempastikan proses "menjadikan" murid-murid sekolah ini berada di dalam Tahap Cemerlang sekurang-kurangnya. Proses ini juga bermaksud untuk memastikan pula "kemenjadian" para warga SKFUT amnya!
Frasa SKFUT GO GLOBAL sengaja diciptakan khusus untuk memberi perangsang, keyakinan dan mencetuskan niat untuk benar-benar membawa kejayaan kepada produk yang dihasilkan oleh sistem sekolah ini. Pihak kami akan memastikan bahawa sesuatu usaha yang berkesan akan dilakukan bagi pemastian format produk yang akur dengan kehendak sistem utama , malah prosedurnya juga adalah betul. Apa yang cantiknya ialah penekanan kepada penggunakan ICT di dalam kebanyakan tindakan termasuklah sistem pengurusan pejabat.
SKFUT GO GLOBAL bermaksud bahawa SKFUT bakal membawa produk-produk bermutu untuk dikemukakan ke peringkat tertinggi yang kualiti produknya bakal diterima secara profesional sebagai bermutu tinggi oleh pihak penilai. Penglibatan warga SKFUT akan mencakupi kebanyakan bidang yang ditawarkan termasuklah diperingkat nasional dan seterusnya. Kami tidak meletakkan sasaran maksima, tetapi frasa yang diwar-warkan ini memberi makna bahawa kami tidak akan kecundang dengan begitu mudah. GO GLOBAL juga memberi makna bahawa spesifikasi penghasilan kami akan akur kepada kehendak format atau ISO pada peringkat yang kami ceburi. Kami akan memastikan kami benar-benar profesional di dalam mengemukakan produk dan ini bermakna nilai emosional (jika tidak rasional) akan dikesampingkan. Bermula tahun 2007, pihak pentadbiran telah mula memberi keyakinan dan ganjaran kepada pejuang-pejuang dibarisan hadapan dan juga kalangan sistem sokongan yang terlibat khusus. Jika mereka menghasilkan kejayaan di dalam bidang-bidang tertentu maka mereka merupakan permata kami yang sangat kami hargai. Kami yakin, kami mempunyai resos untuk berjaya dengan lebih hebat. InsyaAllah!
|